.....aku tak tahu banaggimana nak mulakan blog ni. Buntu, keliru, happy, semangat....semua perasaan bagaikan terkumpul di atas satu pinggan tapi tak cukup untuk aku hidangkan dengan kata-kata.
Jam sekarang sudah hampir pukul 4 pagi tapi mata ni masih tak mengantuk. Aku tteringat bicarku dengan seorang sahabat tak berapa lama dahulu tentang niatku untuk menulis. Apa yang nak ku tulis, aku sendiri tidak pasti waktu itu. Tapi, awal pagi ini.... aku kuatkan semangat atau mungkin lebih tepat lagi kalau aku katakan yang aku kumpulkan segala perasaan bimbang, kecewa, sedih dan segala macam aura negatif menjadi pemangkin buatku menulis di dalam blog ini.
Ke mana arah tujuan blog ini masih lagi kelabu buatku tetapi aku akan mencurahkan segala yang bermain dimindaku untuk dikongsi bersama dii dalam blog ini. Selama 37 tahun aku hidup, pelbagai pengalaman suka duka yang kutempohi selama itu. Tetapi saat paling bermakna buatku yang menjadikan siapa aku sekarang ini adalah ketika aku menjadi seorang 'butler' kata orang putih atau lebih tepat lagi seorang 'khadam'.
Ketika ini terlalu banyak masalah yang kufikirkan dan terus terang aku katakan yang aku masih tidak nampakk jalan keluar bagi semua masalah itu. Namun aku yakin, aku masih seorang 'butler'.... dan tugasku ialah mencari penyelesaian bagi segala-galanya buat majikanku....... tetapi sekarang aku mesti berkhidmat untuk diriku sendiri...... my name is Buck and I'm a butler....
No comments:
Post a Comment